Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com... Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com... Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com... Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com

Friday, 26 April 2013

PRU13

APAKAH YG KORANG TAU PASAL PILIHANRAYA UMUM


Aku dah google lam internet,  dibawah ni ada beberapa maklumat yg aku copy paste sbagai pengetahuan aku sdiri yg x faham2 dan cuba nak mengetahu sedikit sebanyak proses mengundi d Negara kita Malaysia....

poster yg dipasang mewakili parti2 yg akan bertanding dlm PRU

barisan nasional adalah sebuah parti yg memimpin kerajaan skang ini, 

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanismedemokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar(proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.





Kefahaman Rakyat Masih Kurang

Setakat ini, majoriti rakyat di negara ini masih belum memahami dengan sepenuhnya proses dan sistem perundangan dan kerajaan serta bagaimana ianya berfungsi. Apajua bentuk masalah seperti jalanraya berlubang, longkang atau parit tersumbat dan sebagainya sering diajukan terus kepada ahli-ahli parlimen, ahli-ahli dewan undangan negeri dan ahli-ahli majlis tempatan secara serentak agar tindakan dapat diambil.

Sememangnya perbuatan ini telah mencacatkan peranan dan tanggungjawab asal yang sepatutnya dipikul oleh ahli-ahli parlimen, dewan undangan negeri dan majli tempatan ini.

1 . Ahli parlimen adalah ahli majlis perundangan persekutuan atau juga dikenali sebagai Dewan Rakyat adalah dipertanggungjawabkan untuk mencadang, membahas, merangka serta meluluskan rang undang-undang untuk kepentingan negara dan rakyat. Selain itu, ahli-ahli parlimen ini juga berperanan untuk mengkaji pelan ekonomi, belanjawan kerajaan dan meniliti undang-undang yang sedia ada dan membaikpulihnya, mengumpul pendapat dan maklum balas daripada rakyat jelata melalui kawasan-kawasan parlimen yang diwakili oleh mereka.

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) dibentuk bagi membincang dan mengkaji dengan lebih terperinci dasar-dasar kerajaan, undang-undang yang sedia ada, menyiasat dan menambahbaik sistem pentadbiran dan sebagainya. Contoh yang paling ketara sekarang adalah kewujudan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Mengkaji Pembaharuan Pilihanraya yang dibentuk berikutan tekanan dan desakan yang di buat melalui rapat umum Bersih 2.0 yang telah diadakan pada Julai 2011 yang lalu.

2. Ahli dewan undangan negeri juga memainkan peranan yang hampir sama sepertimana rakan sejawat mereka di peringkat parlimen, di mana perbezaan ini adalah peranan para ahli-ahli dewan undang negeri ini hanya terhad pada negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, peranan dewan undangan negeri pada hari ini adalah terhad kerana kebanyakan undang-undang yang berkaitan sistem pentadbiran dalam negeri telah diwujudkan diperingkat pusat dan ianya dikuatkuasakan oleh kementerian-kementerian yang berkenaan, misalannya perlantikan setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang negeri, pengurusan pelabuhan negeri, pengurusan dan penyeliaan bekalan air negeri serta undang-undang yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan.

Ini bermakna, banyak akta-akta yang digubal dan diluluskan di peringkat parlimen telah mengatasi undang-undang dan enakmen yang diluluskan oleh dewan undang negeri. Keadaan ini adalah lebih dikenali sebagai sentralisasi di mana kerajaan negeri memonopoli sepenuhnya kuasa ke atas kerajaan negeri. Yang kerajaan negeri dapat menguruskan pada hari ini adalah hanya hal-hal yang berkaitan dengan tanah, agama, sumber alam, belanjawan negeri yang terhad, majlis-majlis tempatan, jalanraya-jalanraya negeri dan daerah dan soal-soal kebersihan.

3. Akhirnya, ahli-ahli majlis tempatan, walaupun dianggap sebagai kedudukan yang paling “tidak lumayan” sekali jika dibandingkan dengan ahli parlimen dan dewan undangan negeri, ahli-ahli majlis tempatan ini lah yang paling dekat dengan rakyat dan masyarakat pada keseluruhannya kerana kefahaman mereka mengenai keperluan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi secara langsung seperti isu-isu yang berkaitan dengan kutipan sampah, pembikinan dan pembaikan kemudahan awam, penyelesaian masalah-masalah harian, perancangan bandar, pekan dan sebagainya.

Saturday, 30 March 2013

KEJOHANAN FUTSAL PADANG

Sempena cuti pengl pertama persekolahn Kaw Rukun Tetangga Taman Mawar  menganjurkan Futsal padang dengan 2 kategori bawah 12 & bawah umo 16 tahun, bertempat di arena palnet taman mwr pada 25 & 26 Mac 2012-Nampak nye pada event kali ni lebih ramai penyertaan dterima dari seloroh pelosok Manjung- dan hadiah yg d war-warkn memng berbaloi...1st rm1000 & trofi pusingn, 2nd rm500 & 3rd rm300 dan 20 hadiah saguhati, cabutan bertuah & mcmw la lg...Team aku memng awl2 dh bajet untuk masuk semi final, mcm bagus jer- cuma beza skang aku masuk bawah kat 16 th la...biasa ler org dh remaja, Team capt aku kali ni saudara Afiq Zulkifli, hebat org nya semggt tingi bro... dia la yg plan cari kaki bola utuk join team kami, Kami tetap setia dgn mejenamakn team kami  TAMAN EMAS FC sempenan addresi Taman yg aku bermastautin skang.

mantap brother......kaki bola ke kaki like fesbuk

ada brani ka..lawan geng kami

Saturday, 16 February 2013

BOY CONTINUE STUDY D UPSI

Setelah melalui saringan MEDsi , abg boy telah d beri tawaran utk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Sarjana Muda Pendidkan Multimedia sessi 2012/2013. abg boy mmg menyimpan hasrat utk sambung study , Alhamdulilah akhirnya dapt jugak blaja kat upsi ni. bukan mudah nak masuk insttusi ni, melalui saringan pemilihan yg ketat, ramai kawan2 boy yg kantoi x terpilih dalm sesi pengajian kali ini,  Abg ady  Ttmn mawar pun kecewa sgt2 padahal dia telah wat preparation yg mantap-x de rzeki.  Pada 14 Feb 2013,   seawl jam 5  pg  umi & abi telah bertolak ke Tg Malim menghantar abg boy melapor ke UPSI, oleh kerana pendaftran dibuat pd hari persekolhan, maka x dapat la aku nk bsama2 memeriahkn rombongan ni. pa2 pn aku doakan smoga abg boy slamat blaja dan berjaya dlm pengajian...amin...


main gate ke kampus sultan azlan shah

pendaftaran bermula

kampus baru beb, view dari kampus harun aminurasyid


dgn umi dpn dewan Amirolrasyid, selpas pendaftran freshie



Monday, 4 February 2013

SELAMAT HARI LAHIR...

Setiap detik & waktu yg berlalu sehingga melewati tanggal 31 Jan 2013 hari tersebut akan d abadikn untk d kenang buat umi yang tersayang......saya sayang ibu saya.

Semuga Umi dberikan ALLAH Kesihatan yg baik, dpanjangkan Umur, d murahkan Rezeki, d permudahkan apa jua urusan Umi... amin yarabbal alamin.....

YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu,
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Amin Ya Rabbil-Alamin.
besday Umi pada tggal 31 Jan 2013-bsama2 2 org cucu nyer aiman & husna

01 Mac 2013 hari lahir aiman yg ke 3 tahun




Saturday, 26 January 2013

SKSM

Sessi persekolahan 2013 pn  bemula, bebudak kelas 1A1 thn leps  masih kekal menduduki kelas elit 2A1 termasuk ler aku, eh... Tak pasan plak dh 14 thn beb umo aku skang, dh besau  dh remaja ekk.......... semuga apa yg aku harapkan dari umor yg Allah pinjamkan ni adalah usaha untuk meningkatkn amal & iman agar seimbang ukrawi &  duniawi.  Kelas pengajian aku masih lg sessi ptg  biarpon bgtu aktiviti dan kegiatan harian  d sekolah bmula awal tgahri kerana klas aku terlibat dgn subjek KKQ merupakn period tambahan...papon  mase ttp  blalu dgn rutin yg membosankan.

dgn danial d SKDSK masa pertanding ICT peringkat Daerah  Manjung

alahai KP... malu la plak kna suap kek... dgn PK ptg Pn Azlina... TQ Cik Gu...
teman setia....spanjg jalan kenangan 

Wednesday, 28 November 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA
Cameron Highland


Pada 25 Nov hari Ahad jam 0330 ptg,   Dari Manjung, kami gerak  ke Cameron Highland  dengan 3 buah kereta.  famili Ayah dan famili en muzam- perjalanan lebih kurang 2 jam,  Kami singah d Trela,  minum petg  kena teh cameron sambil menyaksikan keindahan kebun teh yg terbentang.....

santai... minum teh segar sambil menyaksikan panorama teh garden yg luas mata memandang

Menginap d Regency hotel Bricang appt- 3 bilik, selesa la jugk - naik lift ke tgkt 4 (3a). Rate utk semalam ialahi  rm540.00,  Selepas solat magrib kami keluar  bramai2 jalan2 di pasar malam pekan Bricang.  pastu  singgah makan malam  di seafood Restoren, order makanan sampai senak perut  (hidangan  ikan  siakap,  Tomyam, kankung blacan,telor dadar)  dll pesanan yg menyelerakan...sehari perjalanan mmg perut gah kosng....

sempat posing g tu
pa yg mnarik..cam pasau mlm kat mjg jer


cik ida sy x mkn syor  taw

sejok gler...x mandi r
malam tu..D hotel ramai2 tgk bola pila Suzuki harimau lawan Singapore 3-0
Bengang betol Mesia tewas....
x der wifi...
Pagi esok...gerak  ke Tanah Rata minum pagi di Food stall, semua kedai masih tutp kecuali  kedai mamak jer yg ada, berator pjg,  kena roti canai & teh bangla, mcm hampeh...mahal nak mampos. Turun ke Tanah Rata singgah d Bharat Cafe. naik semula ke Tanah Tingi  singgah d stawberi park ..suasana sma jer macam 3 tahun lepas ..x der beza pa2pon makin sesak lg ade...


Bharat teh plantation

stawberi Park..ini jer buah yg ada,  makisa x de ke..?

 Balik hotel berkemas nak balik manjung,1200 am chekout. semsa perjalann balik singgah d Chokelate CafĂ© umi sempat membeli sayor & buahan dan sedikit cenderamata x lupa mainan & bantal cucu dia,  aman & husna

pilih jer..bayau kemudian