Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com... Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com... Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com... Selamat Datang Ke Blog Otai_Junior Dot Com

Friday, 26 April 2013

PRU13

APAKAH YG KORANG TAU PASAL PILIHANRAYA UMUM


Aku dah google lam internet,  dibawah ni ada beberapa maklumat yg aku copy paste sbagai pengetahuan aku sdiri yg x faham2 dan cuba nak mengetahu sedikit sebanyak proses mengundi d Negara kita Malaysia....

poster yg dipasang mewakili parti2 yg akan bertanding dlm PRU

barisan nasional adalah sebuah parti yg memimpin kerajaan skang ini, 

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanismedemokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar(proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.





Kefahaman Rakyat Masih Kurang

Setakat ini, majoriti rakyat di negara ini masih belum memahami dengan sepenuhnya proses dan sistem perundangan dan kerajaan serta bagaimana ianya berfungsi. Apajua bentuk masalah seperti jalanraya berlubang, longkang atau parit tersumbat dan sebagainya sering diajukan terus kepada ahli-ahli parlimen, ahli-ahli dewan undangan negeri dan ahli-ahli majlis tempatan secara serentak agar tindakan dapat diambil.

Sememangnya perbuatan ini telah mencacatkan peranan dan tanggungjawab asal yang sepatutnya dipikul oleh ahli-ahli parlimen, dewan undangan negeri dan majli tempatan ini.

1 . Ahli parlimen adalah ahli majlis perundangan persekutuan atau juga dikenali sebagai Dewan Rakyat adalah dipertanggungjawabkan untuk mencadang, membahas, merangka serta meluluskan rang undang-undang untuk kepentingan negara dan rakyat. Selain itu, ahli-ahli parlimen ini juga berperanan untuk mengkaji pelan ekonomi, belanjawan kerajaan dan meniliti undang-undang yang sedia ada dan membaikpulihnya, mengumpul pendapat dan maklum balas daripada rakyat jelata melalui kawasan-kawasan parlimen yang diwakili oleh mereka.

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) dibentuk bagi membincang dan mengkaji dengan lebih terperinci dasar-dasar kerajaan, undang-undang yang sedia ada, menyiasat dan menambahbaik sistem pentadbiran dan sebagainya. Contoh yang paling ketara sekarang adalah kewujudan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Mengkaji Pembaharuan Pilihanraya yang dibentuk berikutan tekanan dan desakan yang di buat melalui rapat umum Bersih 2.0 yang telah diadakan pada Julai 2011 yang lalu.

2. Ahli dewan undangan negeri juga memainkan peranan yang hampir sama sepertimana rakan sejawat mereka di peringkat parlimen, di mana perbezaan ini adalah peranan para ahli-ahli dewan undang negeri ini hanya terhad pada negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, peranan dewan undangan negeri pada hari ini adalah terhad kerana kebanyakan undang-undang yang berkaitan sistem pentadbiran dalam negeri telah diwujudkan diperingkat pusat dan ianya dikuatkuasakan oleh kementerian-kementerian yang berkenaan, misalannya perlantikan setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang negeri, pengurusan pelabuhan negeri, pengurusan dan penyeliaan bekalan air negeri serta undang-undang yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan.

Ini bermakna, banyak akta-akta yang digubal dan diluluskan di peringkat parlimen telah mengatasi undang-undang dan enakmen yang diluluskan oleh dewan undang negeri. Keadaan ini adalah lebih dikenali sebagai sentralisasi di mana kerajaan negeri memonopoli sepenuhnya kuasa ke atas kerajaan negeri. Yang kerajaan negeri dapat menguruskan pada hari ini adalah hanya hal-hal yang berkaitan dengan tanah, agama, sumber alam, belanjawan negeri yang terhad, majlis-majlis tempatan, jalanraya-jalanraya negeri dan daerah dan soal-soal kebersihan.

3. Akhirnya, ahli-ahli majlis tempatan, walaupun dianggap sebagai kedudukan yang paling “tidak lumayan” sekali jika dibandingkan dengan ahli parlimen dan dewan undangan negeri, ahli-ahli majlis tempatan ini lah yang paling dekat dengan rakyat dan masyarakat pada keseluruhannya kerana kefahaman mereka mengenai keperluan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi secara langsung seperti isu-isu yang berkaitan dengan kutipan sampah, pembikinan dan pembaikan kemudahan awam, penyelesaian masalah-masalah harian, perancangan bandar, pekan dan sebagainya.